Skip to main content

Awal tahun ini, Sony Interactive Entertainment dan Marvel Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan realiti-maya adiwira Iron Man di Playstation VR melalui konsol Playstation 4.

Terkini, mereka berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan bentuk permainan Marvel’s Iron Man VR dan juga sebalik tabir bagaimana mereka membangunkannya.

Melalui video tersebut, mereka berkongsi yang mana permainan ini sememangnya akan memberi pengalaman realiti-maya yang menarik sebagai seorang adiwira Iron Man.

Perkara pertama yang dinyatakan oleh pembangun adalah bentuk penerbangan secara fizik di mana pemain akan merasa konsep graviti, pergerakan teras dan momentum ketika terbang dengan sut Iron Man tersebut. Ini sekaligus menghasilkan konsep terbang dengan lebih realistik dan menarik sebagai Iron Man.

Camouflaj juga menyatakan bahawa mereka menyediakan beberapa sistem yang mana memudahkan pergerakan terbang Iron Man tersebut dan pasti akan memberi lebih banyak kesenangan untuk pemain bergerak di udara dan pada masa yang sama memberi kebebasan dari segi penerokaan buat pemain.

Marvel’s Iron Man VR dijadualkan untuk dilancarkan tahun ini di Playstation VR melalui Playstation 4. Namun tarikh rasmi mahupun informasi lain masih belum dikongsikan.

Leave a Reply