Skip to main content

Ubisoft hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kemaskini utama terakhir buat permainan Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands dengan mod “Mercenaries” baharu secara kemaskini percuma.

Menurut Ubisoft, kemaskini ini akan tiba buat semua pemilik permainan Ghost Recon Wildlands di konsol dan PC bermula 18 Julai 2019 yang mana ianya akan memfokuskan bentuk pertempuran secara terbuka antara 8 pemain.

Melaluinya, pemain perlu bertempur sesama pemain dan berebut untuk ke helikopter sebelum pemain lain yang mana ianya adalah seakan mod seperti pertempuran royale. Namun, untuk memanggil helikopter tersebut, pemain perlu dahulu mengaktifkan 3 pemancar khas yang terdapat di dalam peta permainan tersebut.

Menariknya, pemain juga akan berada di satu lokasi yang luas tanpa sebarang senjata dan pemain perlu mendapatkan dan mencari senjata-senjata tersebut melalui kawasan permainan seakan bentuk pertempuran royale.

Sememangnya ini adalah kemaskini utama terakhir sebelum permainan Ghost Recon seterusnya akan tiba iaitu Ghost Recon: Breakpoint di mana ia bakal dilancarkan pada Oktober kelak.

Ghost Recon Wildlands telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply