Skip to main content

Beberapa tahun lepas, kami berkongsi permainan Sky, iaitu ianya adalah permainan yang dibangunkan oleh That Game Company, iaitu pembangun buat permainan Journey dan Flower di mana ianya diperkenalkan ketika sidang media Apple 2017 lepas.

Terkini, setelah dua tahun, That Game Company akhirnya melancarkan permainan tersebut di iOS secara percuma dengan tajuk permainan Sky: Children Of The Light.

Menurut pembangun, permainan ini adalah permainan pengembaraan sosial yang mana ianya memfokuskan pemain untuk mengembara bersama-sama rakan ataupun pemain lain secara atas-talian dengan berterbangan di udara. Pemain juga akan mengumpul pelbagai barangan dan menyelesaikan beberapa tekaria melaluinya.

Bagi anda yang berminat, ianya boleh dimuat-turun secara percuma di iOS sekarang melalui pautan di bawah. Namun bagi versi Android, PC dan konsol, ianya akan diumumkan kemudian.

[download] Muat-Turun iOS: Sky: Children Of The Light [/download]

Leave a Reply