Skip to main content

Moonton iaitu penerbit permainan mudah alih MOBA popular Mobile Legends: Bang Bang di Moonton Epicon 2019 hari ini mengumumkan versi baharu buat permainan tersebut.

Permainan yang sudah dimuat turun sebanyak 500 juta kali dan mempunyai 75 juta pemain aktif bulanan akan menerima versi Mobile Legends: Bang Bang 2.0.

Mobile Legends: Bang Bang 2.0 antaranya akan menyertakan enjin permainan baharu, di mana mereka menjanjikan pengalaman bermain yang lebih baik.

Peningkatan yang akan hadir melaluinya adalah kadar pemuatan dan pelancaran adalah 60% lebih pantas berbanding versi sekarang dan juga model watak yang lebih berkualiti.

Versi baharu ini juga akan menyertakan antaramuka baharu, peta yang dipertingkatkan, peningkatan kadar bingkai sesaat, mengurangkan AFK serta lag dan juga watak-watak baharu.

Buat masa ini, mereka tidak berkongsi tarikh versi baharu ini akan tiba. Di acara yang sama, Moonton juga berkongsi mengenai permainan baharu mereka Mobile Legends: Adventure yang boleh di pra-daftar melalui Play Store dan akan dikeluarkan pada 1 Ogos 2019.

Leave a Reply