Pavilion adalah permainan mudah alih tekaria yang dikhususkan untuk Nvidia Shield. Ia dibangunkan oleh Visiontrick Media. Permainan ini mempunyai pandangan seperti permua Monument Valley, tetapi segala tekaria yang perlu diselesaikan bukan dalam bentuk ilusi yang mengelirukan. Pavilion lebih kepada grafik yang cantik dan mempunyai suasana yang unik.
Disebabkan permainan ini adalah untuk Nvidia Shield, ia tidak menyokong kawalan sentuhan dan hanya boleh dimainkan dengan menggunakan alat kawalan sahaja. Visiontrick Media turut membangunkan Pavilion: Touch Edition pada tahun 2017, tetapi ia dikhususkan untuk peranti iOS sahaja. Kini, Visiontrick Media dilihat sudah bersedia melancarkan Pavilion: Touch Edition buat kesemua peranti Android.


Menurut laporan, pemain perlu menghabiskan masa selama 2 jam untuk menyelesaikan satu peringkat tekaria. Setiap tekaria adalah penuh dengan misteri dan jalan cerita yang menarik. Pavilion: Touch Edition bukan permua yang percuma, kerana di iOS ia dijual pada harga RM16.90. Jadi versi Android mungkin akan dijual pada harga yang lebih kurang sama. Ia sudah pun boleh di pra-daftar di Play Store dan hanya boleh dimainkan pada 23 Julai kelak.
Jika anda seorang yang minat dengan permua tekaria, anda mungkin akan berminat dengan permua seperti ini.
[download] Pra-Daftar Pavilion: Touch Edition Di Play Store [/download]