PUBG Corp hari ini telah berkongsi lanjut mengenai PUBG Musim 4, perkara utama yang dikongsikan adalah ia akan menyertakan kemaskini visual untuk Peta Erangel.

Kemaskini tersebut akan menyertakan perubahan gaya bangunan, persekitaran yang lebih realistik serta perubahan untuk beberapa kawasan di peta tersebut.

Buat masa ini, PUBG Musim 4 sudah bermula di pelayan percubaan dan akan tiba kepada semua pemain pada 24 Julai untuk PC dan akhir suku ketiga untuk konsol.

Bersamanya, Survivor Pass baharu turut tiba iaitu Survivor Pass 4: AFTERMATH. Ia menyediakan pelbagai misi unik dan ganjaran barangan kosmetik untuk permainan tersebut termasuk juga buat pertama kali hiasan untuk kereta yang akan diberikan kepada pemain yang membeli Premium Survivor Pass.

Selain itu, mereka juga berkongsi video acah untuk musim 4 ini dah menariknya ia memperlihatkan sejarah PUBG, di dalam video tersebut diperlihatkan seorang lelaki yang menjadi satu-satunya yang terselamat daripada perang yang berlaku di Erangel.

Membesar, lelaki tersebut menjadi “penganjur” untuk pertempuran royale yang berlaku di dalam PUBG.

Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai kemaskini musim 4 ini anda boleh layari laman rasmi PUBG: https://www.pubg.com/2019/07/17/pc-update-4-1-patch-notes-now-on-the-test-server/

Sohor Kini