Skip to main content

Setelah diperlihatkan beberapa kali ketika acara E3 2019 lepas, Nintendo akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan Luigi’s Mansion 3 iaitu ia bakal tiba pada 31 Oktober 2019 ini khas di konsol Switch.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Luigi’s Mansion 3 merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan watak Luigi di mana pemain akan bertempur dan menyelamatkan rakan-rakan beliau daripada diculik oleh hantu.

Permainan tersebut juga akan mempunyai mod multi-pemain dan informasi lanjut berkenaan bentuk permainannya boleh dilihat melalui artikel ini.

Semestinya pelancaran permainan tersebut pada penghujung Oktober ini akan berkait rapat dengan bulan seram, Halloween. Bagi anda yang ingin menyambut perayaan tersebut tahun ini, pastikan anda mendapatkan permainan ini menjelang 31 Oktober ini.

Leave a Reply