Skip to main content

Bagi anda yang meminati permainan tekaria, terutamanya berbentuk seakan bilik lepaskan diri, anda mungkin berminat dengan permainan Last Labyrinth yang mana hari ini, Amata berkongsi satu video acah khas buat permainan tersebut.

Last Labyrinth merupakan permainan realiti-maya yang dibangunkan untuk konsol Playstation 4 melalui Playstation VR dan juga sokongan set realiti-maya lain di PC melalui HTC Vive, Oculus Rift dan Windows Mixer Realitiy di mana ianya bakal tiba sekitar suku ke-4 tahun ini.

Permainan ini asalnya diumumkan melalui kempen biayasama di Kickstarter dan ianya dibangunkan oleh Hiromichi Takashi bersama-sama pembangun lain yang terkenal dengan pelbagai siri permainan seperti Tetsuya Watanabe, iaitu pereka permainan The Last Guardian dan sebagainya.

Menariknya, permainan ini juga menyertakan pelakon suara latar Stefanie Joosten, di mana beliau terkenal sebagai watak Quiet dari Metal Gear Solid V: The Phantom Pain. Selain itu, Stefanie Joosten juga bertanggungjawab untuk menyanyikan muzik latar rasmi buat permainan ini.

Last Labyrinth akan meletakkan pemain sebagai seorang watak yang berada di atas kerusi roda dan seorang gadis bermisteri, iaitu Katia akan membantu pemain menyelesaikan misteri bilik lepaskan diri dan tekaria permainan tersebut dengan menggerakkan objek dan sebagainya atas arahan pemain.

Sememangnya permainan ini kelihatan sangat menarik sekali dan dicampur dengan bentuk realiti-maya bersama-sama dengan pelakon suara latar Stefanie Joosten, sudah pasti ianya menjadi satu permainan pasti yang bakal mendapat perhatian ramai.

Leave a Reply