Skip to main content

Bermula hari ini, ARIKA mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan watak baharu iaitu Area, khas buat permainan perlawanan Fighting EX Layer melalui kemaskini permainan.

Menurut ARIKA, Area merupakan watak pencipta dengan senjata tangan robotik khas yang mana beliau berupaya untuk menukar ke beberapa bentuk jenis senjata. Namun, buat masa ini watak Area tersebut tidak boleh digunakan di dalam mod cabaran “Experts”.

Selain itu, ARIKA juga akan mengemaskini sebilangan kandungan permainan lain seperti menaik-taraf bentuk permainan secara atas-talian bersama-sama dengan mod penonton seara atas talian bagi kedua-dua versi Playstation 4 dan PC.

Fighting EX Layer merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh ARIKA, yang mana mereka terkenal sebagai pembangun permainan Street Fighter EX. Ianya sudah pun dilancarkan di Playstation 4 dan PC melalui Steam.

Leave a Reply