SEGA hari ini mengumumkan penambahan baharu untuk permainan strategi mereka Total War: Three Kingdoms iaitu Eight Princess akan dikeluarkan pada 8 Ogos 2019.

Melaluinya akan disertakan 8 puteri/ketua faction baharu yang boleh dimainkan di mod Records dan Romance. Setiap puteri baharu yang disertakan mempunyai kelebihan serta kebolehan tersendiri. Selain itu ia juga menyertakan satu kempen baharu di mana penceritaan-nya berlaku selepas kejadian di dalam permainan utama.

Penambahan tersebut kini boleh di pra-tempah dengan potongan harga sebanyak 10% iaitu RM28.80 berbanding harga biasa RM32.

Steam: Total War: Three Kingdoms Eight Princess

Sohor Kini