Skip to main content

Lanjutan buat laporan pelancaranan permainan Atelier Ryza: Ever Darkness & The Secret Hideout bakal tiba Oktober ini, terkini Koei Tecmo berkongsi satu video acah khas yang mana mereka memperlihatkan muzik latar rasmi buat permainan tersebut iaitu “Rainbow Summer” yang dinyanyikan oleh Sayaka Kanda.

Video tersebut juga memperlihatkan sebahagian watak-watak yang bakal tiba bersama permainan tersebut termasuklah watak utama iaitu Ryza yang bakal pemain mengembara bersama menjelang Oktober ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Atelier Ryza: Ever Darkness & The Secret Hideout akan dilancarkan pada 29 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Switch dan PC melalui Steam.

Leave a Reply