Plant vs Zombie adalah permua strategi masa nyata yang agak popular. Permua ini dibangunkan oleh EA dan ia dilancarkan buat pertama kalinya pada tahun 2009. Tahun ini 2019, sudah 10 tahun umur judul permua ‘Plant vs Zombie’ dan ia masih berada di Play Store lagi. Kita sudah ada Plant vs Zombie 2 dan juga Plant vs Zombie Heroes.

Terkini, EA telah menyenaraikan Plant vs Zombie 3 di Play Store dalam bentuk pra-alpha. Jumlah muat turun adalah terhad dan hanya yang terawal sahaja dapat muat turun dan main Plant vs Zombie baharu ini. Menurut Android Police, permua ini masih lagi mengekalkan cara bermain yang lama. Pemain perlu susun tumbuh-tumbuhan dan serang zombi. Di samping itu terdapat juga matahari yang perlu dikumpulkan untuk tenaga.

Butiran penuh mengenai permua ini masih belum dijelaskan lagi. Tangkapan skrin pula, EA masih melabelkan sebagai ‘dalam pembangunan’. Kita mungkin akan lihat lebih lanjut mengenai permua ini tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini