Natsume minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Harvest Moon: Light Of Hope Special Edition Complete secara fizikal dan digital di konsol Playstation 4 dan Switch bermula 30 Julai 2019 ini.

Melalui edisi ini, ianya akan menyertakan kesemua kandungan istimewa yang diumumkan sebelum ini, bersama-sama kandungan DLC tambahan yang dilancarkan pasca pelancaran permainan tersebut.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri Harvest Moon, ianya adalah permainan simulasi berkebun dan kehidupan di mana pemain akan bermain sebagai seorang pekebun dan perlu bercucuk tanam dan pada masa yang sama berinteraksi dengan penduduk kampung. Pemain juga berupaya untuk menjaga binatang peliharaan dan juga berkahwin dengan watak pilihan pemain.

Harvest Moon: Light Of Hope sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Switch, diikuti dengan versi permua buat iOS dan Android.

Sohor Kini