Informasi Permainan Video Terkini
Royal Pass Musim Ke-8 PUBG Mobile Kini Telah Tiba, Hadir Bersama-Sama Dengan Kemaskini Baharu

Royal Pass Musim Ke-8 PUBG Mobile Kini Telah Tiba, Hadir Bersama-Sama Dengan Kemaskini Baharu

Diterbitkan pada July 17, 2019 oleh .

Peminat PUBG Mobile adakah anda bersedia untuk berperang demi kepuasan diri? Jika ya, Royal Pass musim kelapan telah tiba untuk anda. Tema kali ini adalah “Team Up: Party On”, yang mana bersesuaian dengan musim panas yang sedang berlangsung. Bersama-sama dengan Royal Pass musim kelapan ini, PUBG Mobile turut hadir dengan kemaskini versi 0.13.5 – yang mana membawakan senjata baharu dan beberapa pembaharuan.

Seperti biasa, setiap musim baharu Royal Pass akan ada barangan baru yang hadir untuk para pemain. Harga Elite Pass adalah 600UC, manakala Elite Pass Plus pula adalah 1800UC. Setiap pas main ini akan menyahkunci pelbagai barangan menarik seperti senjata baharu, kostum baharu dan juga menaiktaraf peringkat pemain. Jumlah nilai barangan yang akan anda dapat jika membeli pas ini adalah dari 2500UC sehingga 9500UC.

Untuk kemaskini baharu pula, ia hadir dengan senjata baharu – PP-19. Ia adalah sejenis submesin-gan yang menggunakan peluru 9mm dan juga merupakan submesin-gan kelima dalam PUBG Mobile. Senjata ini boleh didapati di Erangel dan Vikendi. Lain-lain kemaskini adalah kemaskini sistem untuk musim baharu yang kini ditambahbaik dan juga membaiki beberapa pepijat.

Kemaskini ini dan musim kelapan sudah pun boleh dimuat turun dan dimainkan bermula hari ini. Jadi jangan tunggu lagi, ayuh bersiap sedia kita ke medan perang.


TIPS & ULASAN