Skip to main content

Ubisoft hari ini akhirnya melancarkan DLC terakhir untuk permainan Assassin’s Creed Odyssey iaitu Judgment of the Atlantis di semua platform iaitu PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Melalui DLC ini, pemain akan memasuki dunia Atlantis yang merupakan dunia bagi puak Isu. Sebagai ujian terakhir untuk menguasai Staff of Hermes, pemain perlu melakukan keputusan di dalam dunia di mana manusia dan Isu hidup bersama.

Poseidon iaitu raja bagi Atlantis berharap pemain yang digelar sebagai Dikastes membawa kestabilan di negara baginda. Seperti DLC-DLC sebelum ini di bawah The Fate of Atlantis, ia akan menyertakan tiga kebolehan baharu, untuk DLC ini terdapat tiga iaitu;

  • Ares Wrath – penambahan kepada kebolehan Ring of Chaos. Pemain akan memukul tanah menggunkan Broken Spear untuk menjadikan penjahat sekitar bergerak secara perlahan dan juga menerima pukulan.
  • Blessing of Kronos – penambahan kepada kebolehan Venomous Attacks. Pemain akan menerima kuasa puak Isu untuk janga masa terhad yang memberikan perisai daripada serangan kuasa Isu seperti Andrenalin Freeze dan Adrenalin Drain.
  • Kronos’ Punishment – penambahan kepada kuasa Call to Arms. Pemain akan mempunyai klon yang berkeupayaan untuk membunuh secara berselinap.

DLC Judgment of Atlantis merupakan episod ketiga bagi penambahan The Fate of Atlantis yang boleh didapati melalui pas semusim ataupun dibeli secara berasingan. Pemain yang memilikinya, juga perlu menyelesaikan dua episod sebelum ini sebelum dapat bermain Judgment of Atlantis.

Pemain juga perlu menyelesaikan misi di dalam permainan utama iaitu Between Two Worlds dan Heir of Memories. Watak pemain juga mesti mempunyai tahap 28 dan ke atas.

Namun, jika pemain ingin bermain DLC ini tanpa bermain permainan utama secara mendalam, pemain boleh mengakses permainan dengan mempunyai tahap 52 agar dapat bermain Heir of Memories untuk memulakan DLC ini, namun ia tidak akan menyertakan di dalam fail simpanan pemain utama dan juga tidak layak untuk mendapat trofi.

Assassin’s Creed Odyssey sudah dikeluarkan pada 5 Oktober 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply