Phoenix Labs hari ini melancarkan kemaskini babaru untuk permainan aksi dalam talian mereka Dauntless iaitu “Fortune & Glory”. Penambahan ini antaranya menyertakan pelbagai cabaran, Hunt Pass dan juga barangan kosmetik.
Melalui kemaskini ini, satu mod baharu disertakan iaitu Trials. Mod ini akan diberikan oleh satu watak baharu iaitu Lady Luck yang akan turut menyertakan satu kepulauan baharu digelar sebagai Island of Trials. Di keperluan tersebut, terdapat pelbagai cabaran seperti raksasa yang telah dipertingkatkan kekuatannya serta sekeliling yang mempunyai cabaran tersendiri.

Trials akan dibahagikan kepada dua tahap kesukaran iaitu “Normal” dan “Dauntless”. Menyelesaikan cabaran menggunakan tahap kesukaran Normal akan memberikan pemain Steel Marks yang boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan di dalam permainan.
Manakala menyelesaikan cabaran menggunakan tahap kesukaran Dauntless, pemain akan menerima Gilded Marks yang boleh digunakan untuk menebus barangan eksklusif. Kedua-dua mata wang digital tersebut, hanya boleh digunakan di kedai Lady Luck.
Kemaskini ini juga menandakan bermulannya musim baharu untuk Dauntless iaitu musim “High Skies”. Ia akan menyertakan dua Hunt Pass yang mengandungi pelbagai kandungan.
Dauntless merupakan permainan percuma untuk dimainkan dan sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.
Mereka juga mengumumkan yang permainan tersebut kini sudah mempunyai lebih 12 juta pemain.