Informasi Permainan Video Terkini
Saksikan Video Acah Khas Borderlands 3 Yang Memfokuskan Saat Indah Bermain Secara Berpasukan
PC

Saksikan Video Acah Khas Borderlands 3 Yang Memfokuskan Saat Indah Bermain Secara Berpasukan

Diterbitkan pada July 16, 2019 oleh .

Dengan pelancaran Borderlands 3 yang semakin hampir September ini, Gearbox Software semestinya akan berkongsikan sebilangan informasi tambahan berkenaan permainan tersebut yang mana pasti akan membuat pemain tidak sabar untuk bermainnya kelak.

Terkini, Gearbox Software mengacahkan satu lagi video khas yang mana mereka memperlihatkan video yang memfokuskan bentuk berpasukan melalui muzik irama daripada lagu So Happy Together.

Borderlands 3 akan dilancarkan pada 13 September 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Game Stores.


TIPS & ULASAN