Skip to main content

Enhance Games hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan Tetris Effect ke PC melalui Epic Game Store bermula 23 Julai 2019 ini.

Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan menurut Enhance Games, versi PC permainan tersebut juga akan menyertakan mod realiti-maya seperti mana di konsol Playstation 4 melalui Playstation VR.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Tetris Effect, ianya adalah permainan Tetris yang diberi sentuhan oleh Tetsuya Mizuguchi di mana beliau terkenal dengan permainan Rez dan Lumines.

Melalui Tetris Effect, permainan tersebut menyertakan beberapa elemen muzik dicampur visual yang sangat menarik. Menariknya, bagi versi PC, Enhance Games menyatakan mereka akan menyertakan beberapa kandungan tambahan seperti bentuk visual grafik yang lebih tinggi dengan kadar bingkai sesaat tanpa had.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan ini, versi Playstation 4 telah pun kami ulaskan dan anda boleh membacanya di bawah.

Leave a Reply