Niantic Labs hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara kolaborasi khas bersama anime terkenal, One Piece bersempena dengan ulang tahun ke-3 buat permua Pokémon GO dan ulang tahun ke-22 buat siri One Piece. Acara tersebut bakal berlangsung bermula 22 sehingga 29 Julai 2019 ini.
Melalui acara ini, pemain berupaya untuk menangkap Pokémon Pikachu bersama topi jerami seakan watak Monkey D. Luffy dari siri One Piece. Menariknya, Niantic Labs juga menyediakan kostum khas topi tersebut buat pemain dapatkan buat avatar pemain.
Acara ini juga adalah bersempena untuk membantu membina semula bandar Kumampto yang mana sebelum ini berlakunya bencana gempa bumi. Bersempena dengan itu, terdapat juga patung khas One Piece yang terdapat di bandar Kumamoto yang mana ianya juga adalah Pokestop khas yang menyediakan karya daripada Eiichiro Oda, iaitu pelukis One Piece.
Bagi anda yang masih bermain permua Pokemon GO, pastikan anda mendapatkan Pikachu khas tersebut bermula minggu hadapan.