Kingsman adalah francais filem mengenai organisasi perisik. Organisasi ini berkemungkinan besar berada di seluruh dunia, contoh filem pertama memfokuskan organisasi Kingsman di London. Filem kedua pula, The Golden Circle memperlihatkan lokasi Statesmen di Kentucky. Jadi tidak hairan jika ada banyak ibu pejabat organisasi ini berada di seluruh dunia.

Organisasi Kingsman ini sebenarnya bermula pada zaman perang dunia pertama, iaitu sekitar tahun 1900-an. Untuk mengetahui asal-usul Kingsman, Fox telah hadir dengan prekuel buat francais ini – The King’s Man. Jalan cerita buat filem ini masih belum jelas, tetapi berdasarkan suara pengisah (narrator voice) dalam video acah – ia menceritakan sebab kenapa organisasi perisik ini ditubuhkan. Bukan itu sahaja, dalam video acah memperlihatkan watak-watak berasaskan tokoh dan penzalim di zaman 1900-an.

Contohnya, Ralph Fiennes memainkan watak T.E. Lawrence, Liam Neeson sebagai Herbert Kitchener, Grigori Rasputin yang dimainkan oleh Rhys Ifans. Menurut laman IMDB, penzalim-penzalim ini akan bekerjasama untuk merancang agenda yang akan membunuh jutaan insan. Manakala, seorang watak utama yang dibantu oleh organisasi The King’s Man akan menyelamatkan dunia. Jelas di sini, tokoh-tokoh zaman perang akan menyokong organisasi ini demi kebaikan dunia.

The King’s Man akan ditayangkan di pawagam pada Februari 2020. Terdapat beberapa spekulasi yang filem ini mungkin tidak akan mendapat perhatian ramai seperti francais Kingsman sebelum ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini