Informasi Permainan Video Terkini
Senarai Rating Tertinggi Untuk NBA 2K20 Diumumkan – LeBron James Berkongsi Dengan Kahwi Leonard

Senarai Rating Tertinggi Untuk NBA 2K20 Diumumkan – LeBron James Berkongsi Dengan Kahwi Leonard

Diterbitkan pada July 16, 2019 oleh .

NBA 2K20 bakal menemui pemain pada September ini, sebelum pelancaran tersebut Visual Concept telah berkongsi beberapa rating pemain untuk siri terbaru permainan simulasi bola keranjang tersebut.

Antara yang dikongsikan adalah senarai 20 pemain yang mempunyai rating tertinggi. Tidak mengejutkan Lebron James mendahului dengan 97 tetapi berkongsi kedudukan dengan Kahwi Leonard yang merupakan MVP untuk pusingan playoff bagi musim ini. Senarai penuh adalah seperti berikut;

  1. LeBron James – 97
  2. Kawhi Leonard – 97
  3. Giannis Antetokounmpo – 96
  4. Kevin Durant – 96
  5. James Harden – 96
  6. Stephen Curry – 96
  7. Anthony Davis – 94
  8. Paul George – 93
  9. Damian Lillard – 92
  10. Joel Embiid – 91
  11. Kyrie Irving – 91
  12. Nikola Jokic – 90
  13. Russell Westbrook – 90
  14. Klay Thompson – 89
  15. Karl-Anthony Towns – 89
  16. Jimmy Butler – 88
  17. Kemba Walker – 88
  18. Donovan Mitchell – 88
  19. Rudy Gober – 88
  20. Blake Griffin – 88

Selain itu mereka juga berkongsi rating untuk pemain-pemain baharu yang baru sahaja dipilih untuk bermain secara profesional melalui sesi draft bulan lepas. Zion Williamson yang dipilih oleh New Orleans sebagai pemain pertama terpilih mempunyai rating tertinggi dengan 81.

  1. Zion Williamson – 81
  2. Ja Morant – 79
  3. RJ Barrett – 79
  4. De’Andre Hunter – 77
  5. Darius Garland – 77

Seperti biasa rating ini adalah untuk pada permulaan permainan sahaja, sepanjang berlangsungnya liga NBA, rating tersebut akan sentiasa dikemaskini bergantung kepada prestasi pemain tersebut.

Apa pendapat anda dengan rating tersebut? Lebron James yang tidak mempunyai satu musim yang baik, masih berhak untuk berada di tempat pertama?


TIPS & ULASAN