Melalui Dreams Permainan Mario Kini Hadir Ke PlayStation 4

Setiap hari ada sahaja rekaan yang menarik dihasilkan menggunakan sistem yang dikeluarkan oleh Media Molecule iaitu Dreams. Sebelum ini kita menerima rekaan semula Metal Gear Solid. Seorang pemain dengan nama PieceofCraft pula hadir dengan permainan Mario.

Rekaan beliau jelas mengambil inspirasi daripada permainan Mario 64. Berdasarkan apa yang diperlihatkan melalui video, ia mempunyai segala pergerakan yang menghampiri permainan asal.

Jika disertakan dengan rekaan kawasan yang lebih mendalam, permainan Mario mungkin akhinya hadir ke PlayStation 4 walaupun secara tidak rasmi. Apa pendapat anda mengenai rekaan-rekaan menarik yang dihasilkan melalui Dreams?

Sohor Kini