Kiss Publishing dan Pixel Reign hari ini mengumumkan yang permainan platformer tekaria, Robbie Swifthand and the Orb of Mysteries akan dikeluarkan untuk Switch pada 1 Ogos 2019 dan sudah boleh mula di pra-tempah.

Permainan ini sudah dikeluarkan untuk PC melalui Steam pada September tahun lepas dan mereka juga merancang untuk mengeluarkannya di PlayStation 4 dan Xbox One.

Menurut mereka, permainan ini akan mencabar kepakaran bukan sahaja pemain platformer kasual tetapi juga yang berpengalaman di dalam genre ini.

Setiap peringkat di dalam permainan ini akan memerlukan pemain iaitu Robbie Swifthand untuk mencari Orb dan membalingnya ke Vortex khas. Untuk mendapatkannya pemain perlu melalui pelbagai halangan dan perangkap.

Jika anda berminat, ia boleh di pra-tempah untuk Switch dengan harga promosi iaitu $9.99(RM41) berbanding harga asal $17.99 ataupun di Steam dengan harga RM29.

Sohor Kini