Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan seterusnya buat siri SD Gundam iaitu SD Gundam G Generation Cross Rays pada 28 November 2019 ini buat konsol Playstation 4, Switch dan juga versi PC melalui Steam.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan tersebut akan menyertakan pelbagai robot mecha Gundam dari pelbagai siri dan dari segi penceritaan ianya akan memfokuskan siri Gundam Seed, Gundam Wing, Gundam OO dan Gundam Iron-Blooded Orphan.
Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga memperlihatkan kandungan bonus tambahan lain buat mereka yang membuat pembelian awal. Antaranya adalah penyertaan permainan penuh daripada permainan yang dilancarkan 2002 lepas di Wonder Swan Color iaitu SD Gundam G Generation Monoeye Gundams. Melalui versi ini, Bandai Namco telah menaik-taraf dan membangunkannya khas buat konsol Playstation 4 dan Switch.
Selain itu, mereka juga akan menyertakan unit tambahan iaitu Sisquiede dengan warna Titans bersama-sama dengan set pengubahsuaian unit khas seperti Hanger tambahan dan set-set peningkatan statistik unit Gundam.

Tambahan itu, Bandai Namco juga akan menyertakan muzik digital khas melalui edisi “Premium G Sound” yang mana ianya menyertakan 35 muzik latar berdasarkan siri anime Gundam bersama-sama kandungand digital bonus tambahan lain.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan SD Gundam G Generation Cross Rays bersama-sama kandungan bonus diatas, pastikan anda mendapatkannya menjelang November ini.