Skip to main content

Melalui temubual sempena acara ulang tahun ke-10 buat Dragon Quest IX: Sentinels Of The Starry Skies, pembangun permainan tersebut terdiri daripada penerbit eksekutif iaitu Yuu Miyake menyatakan bahawa mereka berminat untuk membawa kembali permainan tersebut sebagai permainan pernambah-baikkan.

Menurut beliau, mereka sememangnya memikir untuk mengolah semua permainan tersebut memandangkan permainan Dragon Quest pertama sehinggalah Dragon Quest VIII menerima olahan dan pernambah-baikkan semula beberapa kali, sementara Dragon Quest IX tidak.

Tambah beliau lagi, Dragon Quest IX merupakan satu permainan yang unik kerana ianya dilancarkan sebelum ini dikonsol mudah-alih dengan pelbagai fungsi seperti StreetPass Communications melalui konsol Nintendo 3DS, ianya membuatkan ia sukar untuk memilih konsol terkini yang bersesuaian dengannya.

Penerbit Ryuutarou Ichimura juga menyatakan ianya merupakan satu idea yang menarik untuk menyertakan kesemua kandungan permainan tersebut supaya pemain berupaya untuk menghabiskannya melalui mod penceritaan solo. Meskipun begitu, kata putus berkenaannya masih belum dinyatakan.

Ianya agak menarik untuk meneroka semula permainan Dragon Quest IX, memandangkan ianya satu permainan Dragon Quest yang memfokuskan bentuk multi-pemain secara koperasi, untuk melancarkannya di konsol Switch mungkin adalah satu perkara yang menarik?

Meskipun begitu, buat anda yang menantikan permainan Dragon Quest utama seterusnya, Square-Enix juga sebelum ini mengesahkan Dragon Quest XII kini sedang dibangunkan. Tambahan itu, dengan pelancaran Dragon Quest Builders 2 baru-baru, semestinya siri Dragon Quest sudah pasti akan menjadi salah satu permainan yang bakal mendapat perhatian ramai.

Leave a Reply