Headup hari ini mengumumkan yang permainan aksi RPG mereka iaitu Everreach: Project Eden akan dikeluarkan pada bulan September ini untuk Xbox One dan PC manakala untuk PlayStation 4 pada tarikh lain tahun ini.
Ia dibangunkan oleh Elder Games yang sebelum ini merupakan studio pembangun ditubuhkan oleh Ede Tarsoly, beliau sebelum ini mengeluarkan permainan Shard iaitu permainan strategi kad secara berseorangan.

Bagi projek Everreach ini, beliau membangunnya bersama dengan 5 pembangun serta lebih 12 orang pembangun luar. Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal Nora Hardwood yang merupakan anggota pengawal keselamatan di Everreach.
Permainan ini dikatakan mempunyai penceritaan yang mendalam dan mengambil masa 8 jam untuk dihabiskan yang ditulis oleh bekas QA untuk trilogi Mass Effect.
Berdasarkan trailer yang diperlihatkan, bentuk permainan nampak menarik tetapi ia nampak terlalu generik dan dengan penceritaan hanya 8 jam, ada kemungkinan besar ia tidak mempunyai kandungan yang mendalam.