Kejohanan PUBG Mobile Malaysia National (PMNC) peringkat akhir telah selesai berlangsung sepanjang hujung minggu lepas di Quill Convention Center.

Peringkat akhir yang memperlihatkan 4 pasukan jemputan iaitu AROV Esports, Team Secret, Junior Talent dan ViP Squad bersama dengan 12 pasukan yang melayakkan diri melalui pusingan kelayakan iaitu Tambadau Squad, Extreme Squad, X77 | KGU Esports, AKA Esports, Panda Northen, RMC, Kingmans Gaming, Mirimob, Traitor Esport, VAT Esport, Unbeatable Gaming dan AXIS MPX.

Selesainya selesainya 12 pusingan, tiada kejutan yang berlaku di mana 4 pasukan jemputan mengungguli dengan ViP Squad di tempat pertama diikuti AROV Esports di tempat kedua, Junior Talent di tempat ketiga dan Team Secret di tempat keempat.

4 pasukan tersebut akan menyertai Yoodo Gank untuk melayakkan diri ke PUBG Mobile Club Open SEA Fall Split 2019. Tahniah kami ucapkan.

Sohor Kini