Dengan perkembangan permainan terkini, skrin pemuatan makin lama makin menjadi satu perkara yang agak menjengkelkan. Beberapa pembangun telah melakukan pelbagai walkaround untuk tidak menjadikan ia terlalu jelas.

Bagi Crash Team Racing Nitro-Fueled iaitu permainan simulasi perlumbaan kart, masalah kadar pemuatan terlalu perlahan sangat mengganggu pengalaman bermain terutama di Switch. Kami sendiri mengalaminya semasa sesi bermain, video sesi tersebut kami sertakan di bawah.

Melalui kemaskini baharu iaitu 1.07 untuk PS4, 1.0.1.1 untuk Xbox One dan 1.05 untuk Switch, mereka menyediakan pelbagai penambah-baikkan untuk permainan tersebut.

Antara penambah-baikkan yang disertakan adalah mempercepatkan kadar pemuatan di semua platform dan khusus untuk Switch adalah mereka akan menggunakan Boost Mode iaitu mod yang disertakan di dalam Switch yang akan overclocked CPU buat sementara waktu.

Perkara lain yang disertakan adalah meningkatkan kestabilan sesi permainan secara dalam talian, meningkatkan kualiti litar dan memperbaiki pelbagai masalah-masalah lain.

Crash Team Racing Nitro Fueled sudah dikeluarkan pada 21 Jun 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch.

Sohor Kini