Skip to main content

Amazon Game Studios minggu ini mengumumkan bahawa mereka kini sedang membangunkan permainan multi-pemain atas-talian (MMO) berdasarkan siri novel terkenal, iaitu Lord Of The Rings.

Menurut laporan The Verge, permainan tersebut akan dilancarkan secara percuma di konsol dan PC di mana ianya juga adalah kerjasama bersama penerbit Leyou. Namun, buat masa ini tidak banyak informasi yang dikongsikan berkenaan permainan tersebut termasuklah tarikh pelancaran mahu pun kandungan permainan.

Meskipun begitu, apa yang pasti adalah permainan tersebut akan bertempatkan di dalam dunia Lord Of The Ring, iaitu Middle-Earth dan ianya akan memfokuskan kisah sebelum berlakunya acara “Lord Of The Ring” itu sendiri dan pemain berupaya untuk meneroka pelbagai lokasi yang tidak pernah dilihatkan melalui sebarang penterjemah daripada dunia tersebut.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi tambahan.

Leave a Reply