nWay minggu ini memperlihatkan video acah untuk DLC watak pas musim pertama bagi permainan perlawanan Power Rangers: Battle For The Grid di mana mereka menyertakan 3 watak khas dariapda pelbagai siri Power Rangers sebelum ini.

Melaluinya, mereka akan menyertakan watak Gold Zeo Ranger dari Power Rangers Zeo, Time Force Pink Ranger dari Power Rangers Time Force dan Lord Zedd dari Power Rangers Mighty Morphin.

Menurut nWay, pas musim pertama buat permainan tersebut boleh dibeli sekarang dan menariknya, ketiga-tiga watak tersebut juga boleh dibeli secara berasingan.

Power Rangers: Battle for the Grid telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan Switch beberapa bulan lepas. Meskipun begitu, dukacitanya permainan tersebut tidak tiba di pasaran Malaysia secara rasmi.

Sohor Kini