Informasi Permainan Video Terkini
The Bard’s Tale 4 Director’s Cut Akan Tiba Ogos Ini Untuk PS4, Xbox One Dan PC
PC

The Bard’s Tale 4 Director’s Cut Akan Tiba Ogos Ini Untuk PS4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada July 12, 2019 oleh .

InXile hari ini mengumumkan yang The Bard’s Tale 4 Director’s Cut iaitu versi olahan semula yang menyertakan pelbagai penambah-baikkan akan dikeluarkan pada 27 Ogos 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

The Bard’s Tale 4 telah dikeluarkan untuk PC pada September tahun lepas, dan pemilik permainan tersebut akan mendapat versi Director’s Cut melalui kemaskini percuma.

Untuk PC ia akan ditawarkan dalam dua versi iaitu Standard Edition dengan harga $34.99(~RM143) dan Deluxe Edition dengan harga $49.99(~RM205).

Manakala untuk PlayStation 4 dan Xbox One hanya mempunyai satu versi sahaja dan dijual dengan harga $39.99(~RM164). Bagi versi digital, ia akan menyertakan Fire Horn manakala versi terbitan awal untuk versi fizikal akan menerima peta, dan barangan di dalam permaiann seperti Fire Horn, Red Boots, Bardic Brian Skin and Booty, dan Kael’s Axe Puzzle.


TIPS & ULASAN