Kami berharap anda sudah menebus permainan percuma minggu lepas iaitu Overcooked di Epic Games Store kerana tawaran tersebut kini berakhir dan digantikan dengan Torchlight.
Torchlight merupakan permainan aksi RPG dan dungeon crawler yang sudah dikeluarkan untuk PC dan Xbox 360 pada tahun 2010. Ia dibangunkan oleh Runic Games.
Tawaran ini adalah bermula sekarang sehingga 18 Julai dan kemudiannya Epic Games Store akan menawarkan Limbo pula secara percuma.
[download]Epic Games Store: Torchlight[/download]