Skip to main content

Sabotage Studio dan Devolver Digital hari ini akhirnya melancarkan DLC percuma untuk permainan platformer mereka The Messenger di PlayStation 4, Switch dan PC.

Melalui DLC Picnic Panic ini, pemain akan disertakan dengan 3 peringkat baharu di mana setiapnya mempunyai pertarungan unik tersendiri, Selain itu, ia juga menyertakan 13 muzik latar baharu. Penambahan ini boleh diperoleh dengan melawat shopkeeper di dalam permainan selepas anda menghabiskan permainan utama.

Bagi anda yang tidak memiliki permainan ini, ia dijual dengan harga promosi iaitu RM27.30 di Steam, ia juga ditawarkan percuma melalui Xbox Games Pass for PC, $13.39(~RM55) di Nintendo eShop dan buat masa ini tiada potongan harga untuk PlayStation Store, ia masih dijual dengan harga RM70.

Leave a Reply