Man of Medan merupakan permainan pertama daripada antologi permainan The Dark Pictures yang dibangunkan oleh SuperMassive Games. Ia akan diterbitkan oleh Bandai Namco pada 30 Ogos 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Melalui satu video baharu yang dipertontonkan, mereka mengesahkan yang permainan tersebut selain mempunyai mod permainan solo, ia juga akan menyertakan mod multi-pemain secara setempat melalui mod Movie Night dan secara dalam talian melalui mod Shared Story.

Melalui mod Movie Night, ia boleh dimainkan bersama sehingga 5 orang pemain yang akan berkongsi satu alat kawalan. Pada awal permainan setiap pemain akan memilih seorang watak, atau lebih jika bermain kurang pada 5 orang.

Manakala mod Shared Story pula, pemain akan bermain bersama dengan seorang lagi pemain secara dalam talian. Setiap pemain akan mengawal watak masing-masing dan ada bahagian di mana watak-watak tersebut akan berpisah memberi pemain pandangan berbeza.

Menurut SuperMassive Games, mod ini akan disertakan untuk kesemua permainan yang akan dikeluarkan melalui siri antologi The Dark Pictures ini.

Sohor Kini