Knights Chronicle Menganjurkan Acara Bersama Siri Anime RWBY

Netmarble hari ini secara rasminya melancarkan kolaborasi bersama dengan Rooster Teeth untuk membawa acara khas di dalam permainan mudah alih mereka Knights Chronicle bersama dengan siri anime RWBY.

Bermula sekarang sehingga 31 Julai, pemain berpeluang untuk mendapat watak-watak daripada siri anime tersebut seperti Ruby Rose, Weiss Schnee, Blake Belladonna, Yang Xiao Long dan Cinder Fall.

Selain itu acara khas ini juga akan menyertakan;

  • Advent Dungeon baharu di mana pemain berpeluang untuk mendapatkan watak Cinder Fall, ia juga akan menyertakan penceritaan baharu mengenai bagaimana dunia Knights Chronicle dan RWBY bersama.
  • Kostum baharu untuk Ruby Rose, Weiss Schnee, Blake Belladonna, Yang Xiao Long dan Cinder Fall.
  • Acara sementara di mana pemain hanya perlu membuka permainan untuk mendapat watak 4★ SSR RWBY.

Knights Chronicle merupakan permainan mudah alih RPG yang sudah dikeluarkan untuk Android dan iOS.

Sohor Kini