Informasi Permainan Video Terkini
Earth Defense Force 5 Kini Tiba Di Steam – Ditawarkan Lebih Murah Sehingga 19 Julai
PC

Earth Defense Force 5 Kini Tiba Di Steam – Ditawarkan Lebih Murah Sehingga 19 Julai

Diterbitkan pada July 11, 2019 oleh .

Earth Defense Force 5 akhirnya dikeluarkan untuk PC melalui Steam dan bersempena pelancaran ini, D3 Publisher mengumumkan jualan promosi permainan tersebut.

Ia ditawarkan dengan harga RM76 iaitu 20% lebih kurang berbanding harga asal RM95. Tawaran ini bermula sekarang sehingga 19 Julai 2019. Diskaun ini juga ditawarkan untuk DLC-DLC bagi permainan ini yang secara keseluruhan terdapat 18 barangan.

Permainan ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada akhir tahun lepas di mana kami sudah melakukan ulasan penuh untuknya dan anda boleh membacanya melalui pautan – Ulasan Earth Defense Force 5 –Membunuh Raksasa Lebih Seronok Bersama Rakan.

Steam: Earth Defense Force 5


TIPS & ULASAN