Informasi Permainan Video Terkini
DLC Baharu Untuk Farming Simulator 19 Akan Tiba Bulan Ini – Memfokuskan Perladangan Kapas
PC

DLC Baharu Untuk Farming Simulator 19 Akan Tiba Bulan Ini – Memfokuskan Perladangan Kapas

Diterbitkan pada July 11, 2019 oleh .

GIANTS Software dan Focus Home Interactive hari ini mengumumkan yang DLC seterusnya untuk permainan simulasi berladang mereka iaitu Farming Simulator 19 akan dikembangkan lagi dengan John Deere Cotton DLC. Ia akan memfokuskan perladangan kapas.

DLC ini akan menyertakan satu jentera baharu daripada jenama John Deere iaitu CP690 Cotton Picker. Kami sendiri tidak tahu apakah jentera tersebut tetapi satu video yang memperlihatkan turut dikongsikan di mana anda boleh menontonnya di bawah.

Selain itu, ia turut akan disertai dengan 6 perkakasan berkait dengan kapas untuk digunakan bersama dengan jentera tersebut. DLC ini akan dikeluarkan pada 23 Julai untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia boleh didapati secara berasingan ataupun bersama dengan pas semusim.

Farming Simulator 19 sudah dikeluarkan pada tahun lepas untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch. Mereka juga sebelum ini menerima satu liga e-sukan tersendiri.


TIPS & ULASAN