Informasi Permainan Video Terkini
Trine: Ultimate Collection Disahkan Akan Turut Tiba Untuk Switch

Trine: Ultimate Collection Disahkan Akan Turut Tiba Untuk Switch

Diterbitkan pada July 11, 2019 oleh .

Modus Games sebelum ini mengumumkan yang Trine: Ultimate Collection iaitu satu koleksi yang menyertakan Trine Enhanced Edition, Trine 2, Trine 3 dan juga permainan baharu Trine 4: The Nightmare Prince akan dikeluarkan pada suku terakhir tahun ini.

Mereka mengumumkan koleksi tersebut akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Hari ini, mereka mengesahkan yang koleksi tersebut akan turut dikeluarkan untuk Switch pada tarikh yang sama.

Bagi yang mendapatkan permainan tersebut secara fizikal anda akan mendapat selain permainan itu sendiri, kod untuk memuat turun muzik latar, kod untuk memuat turun buku seni, hiasan depan dan juga peta duni Trine 4 secara fizikal.

Setiap permainan tersebut juga akan dikeluarkan secara berasingan di Switch, di mana Trine Enhanced Edition dan Trine 2 sudah dikeluarkan, manakala Trine 3 akan dikeluarkan kemudian. Trine 4 akan dikeluarkan bersama dengan Ultimate Edition kelak.


TIPS & ULASAN