Bersempena ulang tahun Rocket League yang ke-4, Psyonix memberi peluang kepada pemain untuk mencuba permainan tersebut secara percuma sepanjang hujung minggu ini di Steam dan juga Xbox One.
Sepanjang 4 hari bermula hari ini, pemain dapat mencuba permainan tersebut secara sepenuhnya, akan tetapi ia tidak akan menjadi hak milik pemain secara kekal.
Jika pemain ingin bermain selepas berakhirnya tawaran ini, pemain perlu membelinya di mana ia juga ditawarkan dengan potongan harga 50% iaitu RM19 di Steam dan $9.99(~RM41) di Xbox Store.
Bagi anda yang tidak pernah mencuba permainan ini, ini adalah peluang anda, dan saya yakin anda akan menyukainya.
[download]Steam: Rocket League[/download]