Codemasters sebelum ini mengumumkan penundaan permainan olahan semula GRID ke bulan Oktober berbanding September tarikh asal. Hari ini mereka buat pertama kali berkongsi video acah yang memperlihatkan bentuk permainan.

Di dalam video tersebut ia memperlihatkan beberapa litar di pelbagai lokasi seperti Havana, Brands Hatch, San Francisco dan juga Zhejiang Circuit. Selain itu, ia juga memperlihatkan bebera jenis kereta seperti Pontiac Firebird dan Chevrolet Camaro SSX.

GRID akan dikeluarkan pada 11 Oktober 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini