Nintendo membuat kejutan semalam dengan pengumuman mengenai konsol Nintendo Switch Lite, iaitu sebuah pengolahan lebih padat berdasarkan konsol permainan Nintendo Switch mereka.

Nampaknya Nintendo tidak akan berhenti disitu sahaja. Menurut laporan The Verge, syarikat permainan video tersebut telah dilihat memfailkan dokumen kemaskini kepada pihak FCC (Federal Communications Commission) untuk konsol Nintendo Switch asal.

Didalam dokumen tersebut, ia dapat dilihat bahawa Nintendo ingin menukar beberapa komponen dalaman konsol Switch, termasuklah cip pemprosesan SoC (kemungkinan variasi baru cip NVIDIA Tegra yang digunakan sebelum ini), storan memori NAND dan juga papan induk yang digunakan untuk merumahkan komponen-komponen ini.

Kemaskini ini bukanlah konsol Nintendo Switch “Pro” yang diura-urakan sebelum ini, tetapi hanyalah kemaskini secara dalaman, mungkin seperti model Sony PlayStation 4 Slim, ataupun kemaskini dalaman kepada konsol Xbox 360.

Sohor Kini