Ubisoft hari ini mengumumkan yang penambahan baharu buat permainan looter shooter mereka The Division 2 iaitu Episode 1 – D.C. Outskirts: Expeditions akan tiba pada 23 Julai 2019 untuk pemilik Year 1 Pass dan 30 Julai 2019 untuk semua pemain secara percuma.

Penambahan ini merupakan penambahan percuma pertama daripada tiga yang dirancangkan untuk tahun pertama permainan tersebut. Ia akan membawa pemain ke kawasan baharu iaitu di luar Washington D.C.

Melaluinya pemain akan memperoleh dua misi baharu iaitu Camp White Oak dan juga Manning National Zoo. Ia juga akan menyertakan satu mod baharu iaitu Expeditions, di mana melaluinya ia akan dibahagikan kepada tiga peringkat, dan setiap peringkat mempunyai tema tersendiri. Setiap peringkat akan dikeluarkan secara urutan setiap minggu. Menyelesaikan kesemua peringkat akan memberikan pemain ganjaran yang eksklusif.

Selain penambahan baharu, ia juga akan menyertakan penambah-baikkan untuk permainan tersebut. Antarnya adalah pilihan kesukaran untuk mod Raid Operation Dark Hours, ia adalah untuk pemain mencuba dengan lebih mudah sebelum bermain secara biasa.

The Division 2 sudah dilancarkan pada 15 Mac 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC dan kami berpendapat ia adalah satu permainan looter shooter yang sangat baik.

Bacaan Lanjut: Ulasan The Division 2 – Permainan Looter Shooter Yang Sangat Baik

Sohor Kini