Informasi Permainan Video Terkini
Valkyria Chronicles 4 Menerima Potongan Harga Dan Complete Edition

Valkyria Chronicles 4 Menerima Potongan Harga Dan Complete Edition

Diterbitkan pada July 11, 2019 oleh .

SEGA hari ini mengumumkan yang permainan strategi RPG mereka iaitu Valkyria Chronicles 4 menerima potongan harga secara tetap kepada $29.99(~RM123) untuk kesemua platform iaitu PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC (Steam).

Selain itu, mereka juga mengumumkan edisi baharu iaitu Valkyria Chronicles 4: Complete Edition yang menyertakan kesemua penambahan untuk permainan tersebut dengan harga $49.99(~RM206). Ia menyertakan penambahan seperti;

  • A United Front with Squad 7
  • Edy’s Advance Ops
  • The Two Valkyria
  • Expert Level Skirmishes
  • A Captainless Squad
  • Squad E, to the Beach!

Namun, bagi pemain di Malaysia, buat masa ini PlayStation Store dan juga Steam masih tidak mengemaskini dengan harga yang baharu. Bagi Switch dan Xbox One yang pemain perlu menggunakan akaun Amerika Syarikat, harga baharu sudah ditawarkan.

Valkyria Chronicles 4 sudah dikeluarkan pada tahun lepas untuk PlayStation 4, Xbox One , Switch dan PC.


TIPS & ULASAN