Skip to main content

Jordan menjadi negara seterusnya mengharamkan permainan pertempuran royale PUBG secara menyeluruh. Pengharaman tersebut diumumkan akan bermula minggu ini.

Tidak berhenti setakat itu, Badan Pengawal-seliaan Telekomunikasi Jordan mengumumkan yang 6 lagi permainan akan diharamkan termasuk juga Fortnite.

Sebab utama yang dikatakan adalah kerana permainan tersebut bersifat ganas. Mereka menyatakan ia adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh World Health Organisation (WHO). Namun, WHO buat masa ini tidak pernah menyatakan mana-mana permainan sebagai ganas.

Mereka juga mengatakan pengharaman tersebut adalah mengikut negara-negara seperti India, Nepal dan China akan tetapi India pengharaman adalah bersifat setempat dan tidak menyeluruh, Nepal pula pengharaman tersebut sudah ditarik balik kerana arahan Makhamah. Manakala China, menyekat PUBG daripada mempunyai pembelian di dalam aplikasi dan Tencet kemudiannya menggantikan permainan tersebut dengan Game for Peace.

Leave a Reply