Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Mengesahkan Yang Hanya Switch Lite Model Baharu Akan Dikeluarkan Tahun ini

Nintendo Mengesahkan Yang Hanya Switch Lite Model Baharu Akan Dikeluarkan Tahun ini

Diterbitkan pada July 11, 2019 oleh .

Nintendo baru sahaja mengesahkan hadirnya satu lagi model baharu bagi Switch iaitu Switch Lite. Ia adalah tepat seperti ura-ura sebelum ini, namun ura-ura tersebut juga mengatakan yang Nintendo akan melancarkan model yang lebih berkuasa iaitu “Switch Pro”.

Berdasarkan temubual di antara CNET dan presiden Nintendo of America Doug Bowser, beliau mengesahkan yang hanya Switch Lite model baharu untuk Switch akan dikeluarkan pada tahun ini. Namun, beliau tidak menidakkan yang akan hadirnya model lebih berkuasa.

Selain daripada itu, beliau juga mengatakan Nintendo buat masa ini sedang mencari cara terbaik untuk memudahkan pemain memindah data daripada Switch tersedia mereka ke Switch Lite terutama simpanan permainan.

Bagi anda yang ternanti-nati Switch yang lebih berkuasa, tampaknya anda perlu menunggu sekurang-kurangnya setahun lagi.


TIPS & ULASAN