Skip to main content

Double Fine melalui penulisan di laman biayasama Fig mengumumkan yang permainan platformer Psychonauts 2 tertunda ke tahun hadapan. Ini bukanlah pertama kali ia tertunda, pada awalnya permainan ini dijangkakan akan dikeluarkan pada tahun 2018 sebelum ditunda ke tahun 2019.

Tambah mereka lagi, walaupun mengecewakan terpaksa tunggu lebih lama untuk bermain tetapi mereka juga percaya yang pemain inginkan permainan yang berkualiti. Oleh disebabkan itu, penundaan ini adalah sesuatu yang harus berlaku.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang permainan ini tidak lagi akan diterbitkan oleh StarBreeze sebaliknya ia bertukar tangan ke Microsoft. Ini adalah selepas Microsoft mengambil alih Double Fine yang diumumkan semasa E3 lepas.

Walaupun diterbitkan oleh Microsoft, mereka tetap akan mengeluarkan permainan ini di platform yang dijanjikan termasuk juga PlayStation 4 bersama dengan Xbox One dan PC.

Leave a Reply