Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Turut Mengumumkan Nintendo Switch Lite Edisi Zacian & Zamazenta

Nintendo Turut Mengumumkan Nintendo Switch Lite Edisi Zacian & Zamazenta

Diterbitkan pada July 11, 2019 oleh .

Sebentar tadi, Nintendo akhirnya telah mengumumkan Nintendo Switch Lite secara rasmi. Sudah banyak berita, laporan dan ura-ura, akhirnya Nintendo Switch versi ‘murah’ ini rasmi. Nintendo Switch Lite ini hadir dengan tiga warna menarik, iaitu Turquoise, Yellow dan Grey.

Tiga warna ini sudah cukup menarik, tetapi bagi yang menginginkan sesuatu yang lebih istimewa – Nintendo turut mengumumkan Nintendo Switch Lite edisi Zacian dan Zamazenta. Warna konsol mudah alih ini adalah kelabu cair (seakan perak) dengan corak berbentuk spesis legenda Pokémon Zacian dan Zamazenta di bahagian belakang. Bukan itu sahaja, warna butang D-Pad, kayu ria dan butang kawalan lain adalah berwarna cyan dan magenta yang terang lagi menyala.

Nintendo mengeluarkan Nintendo Switch Lite edisi khas ini, bersempena dengan permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield yang bakal tiba November ini. Permainan ini adalah ekslusif untuk platform ‘Switch’ dan ia menggunakan sistem Dynamax yang menarik.

Edisi khas Nintendo Switch Lite ini akan dilancarkan pada 8 November untuk pasaran Amerika Utara. Ia sedikit lewat berbanding Nintendo Switch Lite biasa, yang akan mula dijual pada September. Harga jualan juga adalah sama, iaitu $199.99 (~RM827).


TIPS & ULASAN