Sebelum ini, kami berkongsi yang mana permainan Dead Cells versi iOS akan dilancarkan Julai ini dan ianya sudah boleh dipra-tempah dengan harga RM34.90.
Meskipun begitu, tampaknya permainan tersebut secara senyap ditundakan sehingga 28 Ogos 2019 kelak di mana melalui senarai pelancaran permainan tersebut di App Store, tarikh pelancarannya sudah pun ditukar. Walaupun begitu, penundaan tersebut tidaklah begitu lama dan dari segi harga mahupun kandungan pelancaran lain, masih lagi akan dilancarkan seperti biasa.
Dead Cells adalah permainan aksi platformer dan ia telah pun dilancarkan di konsol dan PC di mana ia menerima pelbagai pujian berkenaan bentuk permainannya yang mencabar. Bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan bagi versi iOS, anda boleh ke pautan di bawah.
[info] Beli: Dead Cells iOS [/info]