Informasi Permainan Video Terkini
Haven – Permainan Pengembaraan RPG Seterusnya Oleh Pembangun Furi

Haven – Permainan Pengembaraan RPG Seterusnya Oleh Pembangun Furi

Diterbitkan pada July 10, 2019 oleh .

The Game Bakers sebelum ini terkenal dengan permainan aksi Furi, kini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan seterusnya iaitu Haven menjelang tahun hadapan.

Menurut pembangun, permainan tersebut berbentuk pengembaraan RPG dan dibangunkan khas buat konsol Playstation 4, Switch dan juga PC melalui Steam.

Haven akan memfokuskan dua watak, iaitu pasangan Yu dan Kay di mana mereka perlu meneruskan hidup di dalam satu planet terbiar. Menariknya, permainan ini akan memfokuskan bentuk penceritaan yang mendalam dengan watak yang menarik. Ianya juga mempunyai bentuk pertempuran secara turutan dan pemain perlu mengawal kedua-dua watak tersebut pada masa yang sama.

Menariknya, menurut pembangun, permainan ini juga boleh dimainkan secara solo dan juga koperasi sebanyak dua pemain. Emeric Thoa, iaitu pengarah kreatif permainan ini juga menyatakan permainan ini akan mempunyai bentuk perhubungan penceritaan yang mana juga banyak diinpirasikan daripada permainan Journey dan Persona.

Sememangnya permainan ini kelihatan sangat menarik sekali dengan memfokuskan plot seakan hubungan romantik antara dua watak dan sokongan bermain secara koperasi, permainan ini semestinya menarik untuk dimainkan oleh pasangan.

Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya setelah The Game Bakers berkongsikannya kelak.


TIPS & ULASAN