Skip to main content

Control merupakan permainan seterusnya oleh Remedy Entertainment, di mana mereka terkenal dengan permainan Alan Wake dan juga Quantum Break.

Terkini, melalui IGN, Remedy Entertainment berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan 13 minit pertama buat permainan tersebut.

Melalui Control, pemain akan bermain sebagai seorang wanita bernama Jesse Faden, di mana beliau tiba di “Federal Bereau Of Control” untuk mencari adik beliau, Dylan yang diculik oleh biro tersebut. Namun, ketika tiba di situ, beliau terjumpa satu pistol yang seolah “hidup” dan juga pelbagai perkara ghaib yang berlaku.

Sememangnya permainan ini tampaknya mempunyai satu plot penceritaan yang sangat menarik dan bagi anda yang pernah bermain permainan Remedy Entertainment sebelum ini seperti Quantum Break, anda pasti akan merasai bentuk permainannya kelihatan sama, seperti yang dipertontonkan di atas.

Control akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC menjelang 27 Ogos 2019 ini.

Leave a Reply